Saturday, 6 July 2019
Masyarakat dan budaya di Malaysia.
Malaysia ialah negera yang hidup dalam suasana aman dengan pelbagai kaum seperti melayu,cina India dan lain-lain.Oleh sebab itu,ia telah membentuk negara ini dengan keunikan masyarakat dan kebudayaan yang sentiasa menarik perhatian dunia.Pada pandangan saya,budaya disiknifikasikan sebagai tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia.Antara bentuk eksperif budaya yang dibentuk oleh masyarakat di Malaysia ialah alat muzik,tarian,ritual dan juga teknologi seperti penggunaan alat,memasak,tempat berteduh dan pakaian.Budaya dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti alat muzik yang digunakan ketika upacara majlis bahkan digunakan untuk ritual sebahagian kaum di Malaysia.Antaranya,gong yang digunakan untuk upacara kaum melayu seperti kuda kepang,wayang kulit dan tarian zapin.Gong juga adalah alat muzik tradisional melayu yang asalnya bukan berasal dari Malaysia.Gong dijangkakan berasal dari India.Ia sudah cukup untuk membuktikan keunikan budaya yang dipengaruhi oleh masyarakat di Malaysia.Selain itu,gendang juga digunakan dalam aktiviti perayaan,perkahwinan,kematian dan upacara perarakan di Malaysia.Kaum cina menggunakan gendang dalam perayaan tahun baru cina.Kaum India telah menggunakan gendang dalam aktiviti perarakan thaipusam.Kaum melayu menggunakan gendang dalam muzik tradisional dan gendang juga adalah sebahagian dari gamelan iaitu kumpulan alat muzik tradisional yang banyak digunakan dalam majlis.Dengan itu,jelaslah bahawa alat muzik adalah satu contoh kemasyarakatan dan kebudayaan di Malaysia.Seterusnya,banyak destinasi pelancongan di Malaysia yang menarik perhatian dunia disebabkan oleh masyarakat majmuk di Malaysia.Contohnya ialah batu caves.Batu caves ialah tempat untuk agama Hindu beribadat akan tetapi ialah dilihat sebagai destinasi pelancongan kerana lokasi dan keunikan kuil agama hindu.Batu caves juga telah dibuka untuk pelancong tanpa mengira bangsa dan agama untuk melihat keindahan batu caves yang menjadi Salah satu harta yang dipandang tinggi oleh masyarakat malaysia.Oleh itu,jelaslah bahawa tarikan pelancong datang dari keunikan masyarakat dan budaya di Malaysia.Kesimpulannya,Kita harus rasa bersyukur dan bangga untuk menjadi rakyat Malaysia kerana Sang pencipta sudah merancang segalanya untuk kita dan ianya sentiasa terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment